Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Hilmi: K1M Perlu Bersatu Hati

By 28 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Azimee Abdullah, Azrul Hasan & Ariza Mohamed Zaki (Bayan Lepas)

BAYAN LEPAS, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya pada Ahad menyeru agar Komuniti 1Malaysia (K1M) bersatu hati dalam menjayakan aspirasi negara di samping memberi maklumat tepat kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat Majlis Permuafakatan Komuniti 1Malaysia (K1M) Peringkat Pulau Pinang, di TH Hotel, Bayan Lepas.

Hilmi yang juga merupakan Ahli Parlimen Balik Pulau berkata penjenamaan semula K1M adalah selaras dengan transformasi Jabatan Penerangan yang menekankan konsep perpaduan  melalui  Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri.

K1M merupakan pertubuhan bukan kerajaan kelolaan Jabatan Penerangan Malaysia yang berperanan sebagai agen penyampai maklumat kerajaan.

K1M yang ditubuhkan pada 1987 telah diberi penjenamaan semula sebanyak empat kali. Bermula dengan K2P (Kumpulan Pendengar dan penonton), K3P (Kumpulan Pendengar, Penonton dan pembaca), Komuniti Bestari dan sejak 2010 hingga ke hari ini dikenali sebagai Komuniti 1Malaysia.

Majlis dihadiri lebih 270 ahli jawatankuasa K1M, mewakili 90 K1M di seluruh Pulau Pinang.

Pada majlis yang sama, kempen #RepectMYPM turut dilancarkan.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Ishak Abdullah, Pengerusi Permuafakatan K1M Pulau Pinang, Datuk Ahmad Darus dan ADUN Bayan Lepas, Nordin Ahmad.

Tinggalkan komen anda