Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Seni Silat Masih Diminati Golongan Muda

By 28 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Nurul Wahida Mohd Noor (Permatang Pauh)

PERMATANG PAUH, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) dengan kerjasama ahli jawatankuasa Masjid Perda pada Sabtu telah mengadakan upacara mandi tapak sebagai simbolik bermulanya latihan seni silat gayong secara rasmi di Gelanggang Perda.

Menurut seorang pelatih, Shafikah Harun, 13, tujuannya mempelajari seni silat adalah untuk menghindarkan diri daripada kes-kes seperti kes cabul yang banyak melibatkan pelajar sekolah serta remaja bawah umur.

Seorang lagi pelajar pelatih, Aliff Omar, 15, menyatakan keterujaannya untuk mempelajari seni silat yang merupakan salah satu cara untuk mempertahankan diri daripada ancaman pihak tidak bertanggungjawab.

Seramai 30 remaja Taman Pauh mendaftar untuk menyertai latihan yang bakal diadakan pada setiap malam Jumaat dengan bimbingan Pengerusi PSSPGM Cawangan Seberang Jaya, Zulkifli Abdul Hamid, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Zulkifli. 

Tinggalkan komen anda