Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahEkonomiHomeSelangorViral

Nelayan Mogok Jika Isu Tahan Bot Oleh Indonesia tidak Ditangani

By 5 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Wan Seman Wan Bedollah (Sabak Bernam)

SEKINCHAN, 5 Mac (Malaysiaaktif) — Tindakan pihak penguatkuasa Indonesia menahan dan menunda beberapa buah bot nelayan di Sekinchan disifatkan sebagai tindakan yang mencabuli hak asasi manusia.

Ini disifatkan oleh sekumpulan nelayan Sekinchan di sini sebagai melanggar hak asasi manusia.

Mereka mendakwa pihak penguatkuasa Indonesia bukan sahaja menceroboh perairan Malaysia, malah merampas danmencuri kesemua kelengkapan dan mengebom bot-bot tersebut tanpa memberi sebarang ruang untuk penjelasan.

Dalam satu sidang media di Jeti LKIM Pantai Redang di sini semalam mereka merujuk kepada kejadian terbaharu di mana tiga buah bot tempatan bersama seramai  27 nelayan ditahan pihak penguatkuasa Indonesia pada kira-kira pukul 8.45 Khamis lepas.

Mereka juga berkata kejadian tersebut telah lama berlaku dan sebelum ini beberapa buah bot nelayan sekitar Sungai Besar menjadi mangsa penganiayaan pihak penguatkuasa Indonesia.

Nelayan-nelayan berkenaan turut berkata mereka boleh mengemukakan bukti berdasarkan data dalam alat ‘Vessel Monitoring System (VMS) bahawa kesemua nelayan yang ditahan tidak mencoroboh kawasan perairan Indonesia.

Di sebaliknya mereka berkata pihak penguatkuasa Indonesia telah mengugut nelayan tempatan dan meminta sogokan di antara RM200, 00 hingga RM300, 000 jika mahu dilepaskan daripada hukuman. Mereka juga telah membuat laporan polis  terhadap tindakan pihak penguatkuasa Indonesia itu.

Sehubungan itu mereka meminta Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan segera bagi melindungi nelayan tempatan kerana mereka mendakwa pihak berkuasa Malaysia kurang melakukan rondaan keselamatan hingga menyebabkan kejadian itu berlaku.

Dalam pada itu mereka turut mendakwa lebih banyak bot nelayan dari Indonesia dan Thailand menceroboh perairan Malaysia berbanding nelayan tempatan yang dikatakan sentiasa mematuhi undang-undang.

Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritime Malaysia (APMM) Selangor, Kapten Mohd Rosli Abdullah telah mengesahkan tentang penahanan bot-bot Malaysia oleh pihak penguatkuasa Indonesia.

Bagaimana pun, menurutnya, berdasarkan laporan yang diterima polis, hanya dua buah bot ditahan.  Beliau menambah pihak APMM akan menjalan penyiasatan  untuk memastikan bot-bot terbabit betul berada dalam perairan Malaysia.

Rosli berkata, “Kami mengambil serius perkara ini. Lagi pun, kita mempunyai hubungan dua hala yang baik dengan negara jiran kita.

Beliau berkata pihak APMM akan menambah rondaan di sempadan maritim bagi meastikan tiada pencerobohan berlaku.

Sidang media semalam turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunus yang bertindak sebagai jurucakap kumpulan nelayan berkenaan.

Selain menggesa pihak berkuasa Malaysia mengambil langkah-langkah sesuai bagi melindungi nelayan tempatan, Jamal berkata kira-kira 2,000 orang nelayan akan menyampaikan memorandum kepada Kedutaan Indonesia Pada isnin depan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata jika kerajaan tidak bertindak segera, para nelayan di seluruh negara akan mleancarkan mogok secara-besaran yang akan mengakibatkan bekalan hasil laut berkurangan, sekali gus menyebabkan kenaikan harga secara mendadak.

 

 

Tinggalkan komen anda