Sri Aman, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota askar wataniah Mas Asri Wayudi Mas Mashore, 41 yang hilang selepas terjatuh ke dalam sungai Batang Lupar ketika memancing di dermaga komersil di sini dihentikan pada pukul 6.00 petang tadi.
Temubual MalaysiaAktif dengan Ketua Balai Bomba Sri Aman Encik William Baheng, setakat pukul 6.00 petang tadi pasukan SAR telah melakukan “surface searching” dalam linkungan 14km di hilir dan hulu Sungai Batang Lupar dari lokasi terakhir mangsa.
Menurut William, pencarian dasar tidak akan dilakukan kerana berisiko tinggi. Ini kerana ketika melakukan operasi dikawasan hulu sungai Batang Lupar tadi pasukan SAR telah berisiko diserang buaya.
Sepanjang operasi dijalankan pasukan SAR menyatakan tiada sebarang petunjuk yang mangsa akan dijumpai. Turut berada dilokasi kejadian ialah ibubapa mangsa.