Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

 SPM 2015: SMK Bertam Indah Catat Peningkatan

By 3 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh  Mohd Zahari Zakaria, Salawati Mat Shariff & Nor Haryani Hashim (Pulau Pinang)

PULAU PINANG, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Keresahan para pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu akhirnya terjawab apabila keputusannya diumumkan di seluruh negara pada hari ini.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bertam Indah mencatatkan peningkatan pelajar cemerlang iaitu empat orang berbanding hanya seorang pada tahun 2014.

Pengetua sekolah, Zainudin Abd Halim berkata beliau berasa bangga dan gembira dengan pencapaian tersebut dan bersyukur atas berkat usaha para guru untuk mendidik para pelajar, seterusnya membuahkan hasil yang baik.

Pelajar terbaik keseluruhan SMK Bertam Indah ialah Nor Iman Suraiya Ja’afar dengan mendapat 9A; diikuti oleh Lye Yi Wen, 10A; Aisyah Ahmad Zakiyudin, 9A 1B dan Ho Jia Chiann, 6A.

Sementara itu, Nasyirah Kadhar Shah, 18, diumumkan sebagai pelajar terbaik SPM 2015 bagi peringkat SMK Tun Hussein Onn, Seberang Jaya.

Nasyirah yang memperoleh 10A ini berkata selain daripada doa dan restu ibu bapa serta guru, kejayaan ini juga adalah hasil pembelajaran yang berterusan dan perbincangan bersama rakan-rakan sekelas.

 

Tinggalkan komen anda