Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Peluang Mendapat 30% Diskaun JPJ

By 27 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Muhd Azrul Hafiz Nazri (Kuah)

LANGKAWI, 26 Mac (Malaysiaaktif) — Kementerian Pengangkutan telah mengadakan Program Jalinan Mesra MOT bersama Pelanggan 2016. Terdapat 25 agensi menyertai program ini yang berlansung di Langkawi Fair bermula pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

“Program Jalinan Mesra ini dahulunya dikenali dengan nama Hari Bertemu pelanggan, ia di jenamakan semula untuk menarik minat orang ramai untuk hadir ke program ini.

Encik Mohd Zam bin Manaf Pegawai perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) berkata, pada tahun ini, program ini diadakan secara bersepadu bersama-sama agensi lain agar orang ramai dapat mengenali bukan sahaja agensi yang terdapat di bawah  MOT malah agensi-agensi lain.”

 

20160326190341 (1)

 

“Program ini merupakan salah satu cara agensi kerajaan untuk mendekatkan diri dengan masyarakat setempat dalam usaha memperkenalkan dan mempromosi nama Kementerian”. Terdapat 15 agensi dibawah MOT sebenarnya dan pada hari ini kita mengambil peluang untuk memperkenalkan agensi kami, “tambah beliau lagi.

Menurut beliau terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan pada hari ini antaranya pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dari sekolah sekitar Langkawi, pertandingan karaoke yang terbuka kepada semua peringkat umur, pameran-pameran di booth yang di buka.

 

20160326190341 (3)

 

Jabatan pengangkutan jalan turut membuka booth dan memberikan 30% peratus pengurangan kadar saman kepada pengunjung yang mahu melunaskan saman mereka pada hari ini. Acara kemuncak adalah acara advokasi khas iaitu acara menukar helmet lama kepada helmet baru yang mengikut spesifikasi yang dibenarkan dan ditetapkan oleh sirim.

Seorang pengunjung Darweena Ahmad Sobree memberitahu Malaysiaaktif, “Program seperti sepatutnya dilakukan setiap tahun kerana ia merupakan suatu program yang bagus yang mana ia mampu mendidik masyarakat tentang keselamatan jalan raya,”

Ketua Pengarah JKJR Malaysia turut hadir dalam program ini bagi menyempurnakan Kempen Adovokasi di program ini.

 

– MRR

Tinggalkan komen anda