Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

World Of Collectors 2016 – Menyatukan Peminat Hobi Mengumpul Model Mainan

By 27 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan / Foto: Wan Muhamad Zikri Wan Kamis (Kangar)

PAUH , 27 Mac (Malaysiaaktif) – Acara “World Of Collectors” anjuran pelajar Diploma Event Management Semester Akhir (6) Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh berjaya mendapat sambutan menggalakkan oleh peminat-peminat model mainan sekitar utara dan dari beberapa buah negeri di Malaysia.

Acara yang dijalankan selama 2 hari sejak semalam ini berjaya menarik minat kira-kira 1500 pengunjung.

 

IMG-20160327-WA0025

 

Salah seorang urusetia acara, Siti Khadijah Bt. Abd. Aziz, berkata, antara objektif penganjuran acara ini adalah bagi menyatukan pengumpul-pengumpul model mainan yang berkongsi hobi yang sama di seluruh negara.

Menurutnya lagi, seramai 20 peserta mengambil bahagian mempamerkan model mainan mereka dalam acara yang dirancang selama kira-kira 6 bulan ini.

Terdapat beberapa model mainan seperti Star Wars, Transformers, Lego, Hot Wheels, Die Cas, Anime dan beberapa lagi model dipamerkan sepanjang acara berlangsung.

Selain itu juga sempena acara ini turut berlangsung pertandingan tamiya, pertandingan kereta kontrol (RC Car), pameran dan jualan model mainan, bengkel fotografi serta cabutan bertuah.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Haji Abdul Nasir Bin Ibrahim.

Tinggalkan komen anda