Skip to main content
HomeViral

Penduduk 3 Negeri Diminta Jauhi Kawasan Pantai

By 3 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

KUALA LUMPUR, 3 Mc — Penduduk di kawasan persisir pantai Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dinasihati menjauhi kawasan pantai bermula pukul 12.45 malam Rabu berikutan kesan gempa kuat di barat daya Sumatera, Indonesia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau berkata, ini sebagai langkah berjaga-jaga.

Amaran ini dikuatkuasakan sehingga notis baharu dari kementerian itu disiarkan melalui media massa, laman web Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Facebook atau hubungi Met Malaysia di talian 1-300-22-1638, katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Beliau juga berkata, tiada laporan kerosakan harta benda di Selangor dan Johor dilaporkan setakat ini berikutan gegaran daripada gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter pada pukul 8.49 malam Rabu.

Gempa bumi itu berpusat kira-kira 649km Barat Daya dari Siberut, Indonesia, iaitu 1,163km Barat Daya dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

– Bernama

Tinggalkan komen anda