Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Raja Perlis: Perbetulkan Salah Tafsir Erti Jihad Sebenar

By 3 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto Anuar Che Amat (Kangar)

KANGAR, 3 Mac (Malaysiaaktif) – Islam adalah agama keamanan, Ā justeru semua rakyat di negeri Perlis dan seluruh negara diseru supaya menolak segala ideologi melampauĀ  yangĀ  boleh menggugat negara.

Demikian titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail semasa merasmikan Majlis Penutup SeminarĀ  “Islam And Anti-Terrorisme” di sini semalam.

Menurut baginda, seminar ini amat bertepatan dengan waktunya kerana ada pihak yangĀ  ingin mencalarkan imej Islam dengan mengaitkannya dengan pengganasan.

Antara punca kemelut yang berlaku adalah kejahilan umat Islam itu sendiri menyalah tafsirkan erti jihad di dalam bentuk acuan mereka sendiri, ujar baginda lagi.

Di dalam majlis yang sama Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyatakan bahawa kebanyakan umat Islam zaman sekarang menyalah tafsirkan makna jihad.

Beliau berkata istilah jihad disalahtafsirkan hingga memesongkan maksud bahawa umat Islam perlu memerangi semua pihak yang mereka anggap kafir, tidak kira wanita atau kanak-kanak.

Sehubungan itu, Dr Mohd Asri, antara lain mengingatkan bagaimana baginda Rasulullah SAW lebih 1,400 lalu Ā menggariskan larangan-larangan yang perlu dilakukan di medan perang.

Beliau berkata kumpulan militan, seperti Islamic State (IS) ataupun Al-Qaeda bukan mengikuti jihad menurut ajaranĀ  Islam yang sebenar dan oleh itu pemahaman dan makna jihad yang betul perlu diajar di sekolah dan masjid di seluruh negeri Perlis .

Seminar yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Kangar iniĀ  dihadiri lebih dari seribu peserta, termasuk beberapa tokoh yang membentangkan kertas kerja masing- masing.

Antaranya, Dr. Maszlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa(UIAM), Profesor Dr Ismail Lutfi Japakiya dari Universiti Pattani,Thailand, Raja MudaPerlis, Tuanku Syed Faizuddin Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Majlis di rasmikan oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

 

Tinggalkan komen anda