Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2016

By 28 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 28 Mac (Malaysiaaktif) – “Kanak-Kanak dan Penyakit Buah Pinggang, Bertindak Awal Untuk Mencegahnya”.

Itulah tema Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2016 anjuran Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat yang diadakan di sini pagi tadi.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat, bilangan rakyat Malaysia yang menderita penyakit kegagalan fungsi buah pinggang semakin meningkat.

“Dicatatkan bilangan pesakit baharu yang memerlukan dialisis pada 2004 ialah sebanyak 2,901 dan meningkat kepada 6,222 pada akhir 2013.”

“Kerajaan telah memperuntukkan RM50 juta pada setiap tahun bagi menanggung kos rawatan kira-kira 38,000 pesakit buah pinggang di negara ini,” ujar Ayub ketika merasmikan program ini.

Ayub turut menekankan bahawa perkhidmatan kepada masyarakat perlu dipertingkat.

Program yang bermula pada 8.00 pagi itu telah diisi dengan pelbagai acara, antaranya, pertandingan mewarna kanak-kanak, saringan kesihatan, ceramah kesihatan dan pameran kesihatan.

 

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda