Skip to main content
GlobalViral

Kucing Yang Dipos Dalam Kotak Lapan Hari Selamat

By 28 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

‘Cupcake’ seekor kucing yang amat bertuah dan bernasib baik.

Kucing Siam itu terselamat walaupun terperangkap dalam kotak yang dipostkan selama lapan hari oleh tuannya.

Tuannya, Julie Baggot tidak menyedari bahawa ‘Cupcake’ sedang tidur dalam kotak tersebut ketika dia membungkus beberapa keping DVD di rumahnya di Falmouth, selatan England. Setelah diikat dia pun menghantar kotak tersebut ke pejabat penghantaran.

Seterusnya kotak tersebut dibawa sejauh 260 batu ke Worthing, West Sussex.

Penerima bungkusan itu amat terkejut apabila membuka kotak tersebut dan mendapati ‘Cupcake’ terbaring di dalam bersama bungkusan DVD.

‘Cupcake’ didapati amat ketakutan dan begitu dahaga.

Akhbar The Evening Standard yang melaporkan berita ini berkata ‘Cupcake’ terus dikejarkan ke Klinik Veterinar Worthing’s Grove untuk rawatan kecemasan, di mana para doktor mengenalpasti kucing itu melalui mikrocip pada tubuhnya.

Mereka seterusnya menjejaki tuan ‘Cupcake’ yang kebetulan sedang mencari kucing kesayangan mereka melalui penyebaran risalah dan poster di kawasan mereka, tanpa sesiapa menyedari bahawa ‘Cupcake’ terkirim ke alamat di West Sussex.

‘Cupcake’ kemudian disatukan semula dengan tuannya dalam tangisan.

 

Tinggalkan komen anda