Oleh Malini Md Yunos (Port Dickson)
PORT DICKSON, 25 Mac (Malaysiaaktif) – IPD Port Dickson mengadakan perbarisan sempena peringatan Hari Polis ke-209 dengan tema “Polis dan Rakyat Berpisah Tiada”.
Majlis dimulakan dengan bacaan lafaz ikrar Rukun Negara & Taat Setia oleh anggota IPD PD diikuti ucapan perutusan Ketua Polis Negara oleh DSP Haji Zainudin Ahmad, Pemangku Ketua Polis Daerah PD.
Dalam utusan tersebut, semua anggota polis dingatkan tentang transformasi kepolisian, ancaman media sosial & media siber selain berterusan memerangi aktiviti jenayah dengan penuh dedikasi dan integriti.
Turut diadakan upacara penyampaian surat penghargaan, sijil, anugerah integriti serta pemakaian pangkat kepada pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan pegawai awam di IPD PD.
Sempena Hari Polis hari ini juga, turut diadakan ziarah kasih menyampaikan sumbangan bantuan barangan keperluan harian kepada 6 orang bekas pesara PDRM di DUN Lukut dan Linggi.
Menurut Mohd Noor Abu, 65 tahun, penerima sumbangan di DUN Lukut, beliau sangat berterima kasih atas sumbangan yang disampaikan oleh ASP Anuar bin Ahmad, Ketua Cawangan Khas mewakili IPD Port Dickson dan berasa terharu diatas kunjungan dan mengharapkan usaha murni mengingati jasa para pesara polis diteruskan pada masa-masa akan datang.