Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahEkonomiHomeSelangor

SMK Dato’ Mustafa Perintis Usahawan Cendawan Pelajar OKU

By 23 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Wan Seman Wan Bedollah (Sabak Bernam)

SUNGAI BESAR, 23 Mac (Malaysiaaktif) – SMK Dato’ Mustafa Pasir Panjang Sabak Bernam menjadi perintis Usahawan Cendawan bagi anak-anak kurang upaya (OKU ) dalam usaha menjamin kerjaya selepas persekolahan.

“Inovasi baharu guru pendidikan khas membimbing anak-anak OKU mencipta kerjaya tercetus di atas kesedaran bahawa selepas melepasi alam persekolahan mereka mungkin tiada arah tuju.

“Oleh itu, projek cendawan secara ‘edible’ landskap yang mudah diurus dan murah sesuai dengan personaliti mereka, “kata Muslimin Yahaya Pegawai Khas Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon ketika merasmikan Kursus Tani Cendawan Kemahiran Kerjaya Murid Bekerluan Khas (MBK) anjuran Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah tersebut bersama Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam.

Beliau turut menarik perhatian kepada pendekatan yang diambil oleh sekolah ini dengan mengadun pencapaian berasaskan pembelajaran berpaksi peperiksaan dan pembelajaran berasaskan pekerjaan yang dirasakan sesuai untuk pelajar OKU dan pendidikan khas.

Muslimin berkata langkah proaktif sekolah dengan kerjasama Syarikat Nisah Agro Farm ini boleh dijadikan contoh kepada sekolah-sekolah lain.

Di atas komitmen sekolah ini, Hajjah Noriah menyumbangkan RM5,000 bagi membantu membiayai aktiviti berkenaan.

 

Tinggalkan komen anda