Skip to main content
EkonomiHomeViral

Tindakan Terdesak Mahathir Yang Kering Saluran – Salleh

By 23 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Malaysiaaktif) — Tindakan terbaharu bekas perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menunjukkan betapa beliau amat terdesak dan menggunakan apa sahaja untuk menzahirkan tindakan.

Menurut satu kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak yang dikeluarkan hari ini, Mahathir sudah kehabisan pilihan dan tindakan terbaharunya menunjukkan beliau tidak lagi mempunyai saluran politik untuk digunakan.

Berikutan kegagalan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui UMNO dan melalui undi tidak percaya di parlimen, beliau kini cuba menyaman pula.

Salleh berkata tuduhan Mahathir adalah tidak benar dan beliau akan gagal sekali lagi.

Terdahulu hari ini, Mahathir bersama dua yang lain memfailkan saman terhadap Najib.Dua lagi plaintif merupakan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Umno, Anina Saadudin.

Kesemua mereka menamakan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai defendan menerusi saman yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi hari ini melalui peguam mereka, Tetuan Haniff Khatri.

 

 

Tinggalkan komen anda