Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeNegeri Sembilan

Stesen Keretapi Rembau Diberi Nafas Baru

By 15 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Rembau : 10 Mac 2016 ( Malaysiaaktif ) – Stesen keretapi Rembau yang telah tidak beroperasi sejak tahun 2009, kini diberi nafas semula apabila perkhidmatan komuter moden mula singgah di stesen ini. Perkhidmatan komuter yang melaui stesen keretapi ini telah memendekkan perjalanan antara Seremban ke Kuala Lumpur dan sebaliknya Projek yang telah siap sepenuhnya ini sangat memudahkan masyarakat setempat terutama yang kerap berulang alik antara Seremban dan Kuala Lumpur. Ia menyediakan perkhidmatan komuter tiga (3) kali sehari bermula jam 7 pagi hingga 11 pagi dari Rembau melalui Gemas, Tampin, Seremban, Kuala Lumpur Sentral hingga ke Rawang.

Seterusnya mulai jam 4.30 petang hingga 10 malam dari Rawang ke Rembau melaui stesen yang sama. Ia adalah kesinambungan dari Projek Landasan Berkembar Seremban – Gemas yang telah menyebabkan stesen keretapi ‘mati’ di Rembau ini, telah dinaikkan taraf dan beroperasi semula mulai awal 2016.

Stesen keretapi Rembau merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di hujung barat Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus berhampiran dengan Pekan Rembau dan Perhentian Bas Rembau yang menyediakan perkhidmatan bas ke Seremban dan Tampin.

Dari Tinjuan yang dibuat terhadap perkhidmatan tren baru berkenaan, mendapati rata-rata masyarakat berpuas hati dengan perkhidmatan yang di sediakan.

Seorang petugas sawasta Puan Faridah Ali, 51 ketika di temubual di stesen Tren Rembau, mengatakan perkhidmatan amat memuaskan, selesa, pantas dan juga harga tambang berpatutan. Rakan beliau yang di kenali sebagai Aminah Ahmad 46 juga berpendapat sama dengan Puan Faridah tadi. Suasana di dalam tren selesa sesuai untuk semua golongan masyarakat, perkidmatan untuk OKU juga di sediakan untuk keselesaan mereka.

Tinggalkan komen anda