Skip to main content
Berita TempatanGlobalHomePutrajaya

Elak Penyalahgunaan Antibiotik bagi Cegah Penyakit

By 16 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

Ā Oleh Dila Khamde (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 16 Mac (Malaysiaaktif) ā€“ Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia 2016 (World Consumer Rights Day) disambut semalam bertemakan ā€œAntibiotics Off the Menuā€ atau tiada antibiotik dalam makanan.

Tema ini menyelar penyalahgunaan antibiotik serta ubat-ubatan lain dalam ternakan bagi mencegah penyakit atau sebagai penggalak pertumbuhan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam ucapan perasmiannya menyeru peniaga dan penyedia makanan di seluruh negara memastikan sumber bahan mentah terutamanya ayam serta daging sama ada diternak secara tempatan atau diimport, hanya dibeli daripada penternak yang mematuhi peraturan piawaian pihak berkuasa.

Di Malaysia, pemantauan peraturan ini dikuatkuasakan bagi semua ladang ternakan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia. Kementerian Kesihatan juga akan memastikan makanan yang dihidangkan sentiasa berkualiti serta selamat melalui Akta Makanan 1983.

Sambutan tahunan ini diadakan bersempena anjuran ā€œConsumer Internationalā€ sebuah pertubuhan pengguna peringkat antarabangsa bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang hak-hak dan tanggungjawab pengguna.

Terdapat lapan hak pengguna yang telah diterima secara universal iaitu hak untuk mendapat keperluan asas, hak mendapat keselamatan, hak mendapat maklumat, hak membuat pilihan, hak bersuara, hak mendapat ganti rugi, hak mendapat pendidikan pengguna dan hak mendapat alam sekitar yang sihat dan selamat.

Tahap kesedaran pengguna Malaysia berdasarkan kajian profil pengguna ialah 58 peratus. Manakala kajian ā€œThe Malaysian Consumer dan Family Economics Associationā€ (MACFEA) pada 2013 menunjukkan tahap pendayaupayaan pengguna hanya 52.6 peratus sekaligus membuktikan pengguna sedar tentang ā€œhak asasā€ mereka seperti hak mendapat ganti rugi dan hak membuat pilihan tetapi tidak diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Sebelum itu, Hamzah turut melawat kilang memproses ayam Dindings Poultry Sdn Bhd berhampiran lokasi sambutan. Hadir bersama dalam majlis ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Datuk Basarudin Sadali serta 250 orang ahli ā€˜Friends of KPDNKKā€™.

Tinggalkan komen anda