Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kelantan Lahir Lebih Ramai Usahawan Jahitan

By 14 Mac 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Syed Hisham Shah (Kota Bharu)

KOTA BHARU, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PJSK) dengan usahasama Pusat Latihan Kraftangan Epal (Epal) telah merangka Program Meningkatkan Sosial Ekonomi menggunakan platform Bazar Kraf Wanita.

Program ini bertujuan memohon sokongan dan kerjasama bagi membantu golongan wanita dalam meningkatkan ekonomi keluarga, ibu tunggal, golongan kurang kemampuan dan orang kelainan upaya untuk berdikari dan menjadikan medan mendapatkan pengalaman sebagai permulaan langkah dalam bidang keusahawanan.

Menurut Pengerusi Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia Kelantan, Masrah, Bazar Kraf yang pertama dijangka akan bermula pada pertengahan Mei 2016.

“Melalui program ini,  diharapkan akan dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang berpandangan jauh dan berpeluang memperkenalkan perkhidmatan, selain sebagai perintis untuk meningkatkan kualiti hidup dan menjadi teladan sahsiah diri,  moral dan keusahawanan untuk si anak,” ujar beliau ketika Majlis Penyampaian Perdana Mesin Jahit Serbaguna sempena Pra Pelancaran Bazar Kraf Wanita di Kelantan Trade Center hari ini.

Setakat hari ini,  seramai 69 orang perintis sudah mendaftar.  Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman sesawang www.epaldiy.com.my

 

Tinggalkan komen anda