Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

[VIDEO] Direk Jeck Juara Tomoi Kelantan Musim Ini

By 23 Mac 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan/Foto: Norlida Abdullah / Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Pasir Mas)

PASIR MAS, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Tomoi adalah seni mempertahankan diri ala tinju yang sinonim dengan masyarakat Thailand. Ia begitu popular hinggakan menjadi prasyarat dan pelengkap kepada setiap lelaki Thai.

Populariti Tomoi turut menular ke negeri-negeri sempadan, seperti Kelantan, Kedah dan Perlis. Tomoi atau boksing Siam ini sudah lama bertapak di Kelantan, malah menjadi sebahagian daripada aset budaya masyarakat di kawasan sempadan.

Kejohanan Tomoi Kelantan yang menyaksikan Direk atau lebih dikenali dengan panggilan Direk Jeck Fighter Tumpat bertemu lawannya Jali Bukit Bunga atau Lee Rambo Bukit Bunga Sabtu lepas mencetuskan suasana gamat dalam kalangan penonton di Kampung Gelang Mas.

 

 

Pertembungan itu sebahagian daripada siri kejohanan tomoi yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Seni Tomoi Kelantan bersama Integrity Muay Thai Club, Gelang Mas selama dua hari, dari 19 hingga 20 Mac bagi memilih Raja Tomoi Kelantan musim ini.

Pertandingan akhir menyaksikan perlawanan sengit antara dua jaguh liga, iaitu Direk Jeck dan Lee Rambo yang bertarung hingga empat pusingan apabila Direk Jeck berjaya menjatuhkan Lee Rambo dengan satu tendangan padu untuk mengungguli kejuaraan dan seterusnya dinobatkan sebagai Raja Tomoi Kelantan.

Direk Jeck atau nama sebenar Direk adalah anak jati kelahiran Tumpat, manakala Lee Rambo yang dikenali juga dengan gelaran Jali Bukit Bunga mewakili daerah Jeli. Rata-rata orang ramai yang hadir amat berpuas hati dengan perlawanan yang dipersembahkan dan berharap agar ianya dapat diadakan lagi di masa-masa akan datang.

 

Tinggalkan komen anda