Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganuViral

Wakaf Penyumbang Kebajikan Sosial Umat Islam Terengganu

By 25 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Nabilahaisah Tawang / Shuhaimi Ahmad

KUALA TERENGGANU, 25 Apr (Malaysiaaktif) – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah wakaf adalah satu instrumen sistem ekonomi Islam bagi tujuan meningkatkan kebajikan sosial umat selain dapat membangunkan agama dan mengurangkan kemiskinan dikalangan umat Islam.

ā€œJika dihayati tujuan dan maksud wakaf, ianya bukan hanya suatu ibadatĀ  untuk mendapatkanĀ  pahala malah wakaf mampu mengukuhkan ekonomi umat Islamā€, titah baginda ketika merasmikan Persidangan Wakaf Senusantara 2016 di sini semalam.

Menurut baginda, setakat ini terdapat 704 lot tanah wakaf bernilai RM111 juta di seluruh negeri Terengganu, termasuk tapak masjid, surau, kubur, pendidikan agama, zuriatĀ  dan kebajikan sosial.

Bagaimanapun pelaksanaan tanah wakaf tersebut masih belum dapatdijalankan disebabkan oleh dana yang masih tidak mencukupi.

Sehubungan itu, baginda meminta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) mempergiatkan usaha mempromosikan Wakaf Tunai dengan menggalakkan umat Islam, terutama di Terengganu mewakafkan wang tunai dan kemudian menukarkannya kepada asset kekal.

Persidangan Wakaf Senusantara 2016 disertai wakil dari empat negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda