Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanEkonomiHome

Adenan: Hak Milik Tanah Rakyat Terjaga

By 29 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Asmidar Zainol /Foto: Abdul Hafiz Itam

KUCHING, 29 Apr (Malaysiaaktif) – Sarawak komited menunaikan janji dalam menjaga kepentingan hak milik tanah rakyat negeri ini.

Ketua Menteri, Tan Sri  Adenan Satem berkata demikian semasa sidang media di DUN Lama, Petra Jaya malam tadi.

“Setiap kali kerajaan negeri mengambil tanah daripada rakyat, mereka akan dibayar pampasan setimpalnya.

“Oleh yang demikian, ini menimbulkan kemarahan pihak pembangkang kerana itu membuktikan mereka (pembangkang) menipu rakyat pada setiap masa.

“Menurut maklumat dari Jabatan Tanah dan Survey, sehingga Mac lepas, kerajaan telah membayar pampasan sebnyak RM1.67 bilion kepada mereka yang terlibat dan kerajaan turut mengeluarkan surat hakmilik tanah dan warta seperti berikut: Pengeluaran Surat Hakmilik Tanah, 632,063 lot (2,252,020 hektar); Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera Insiatif Baharu (peringkat 1), 465 kawasan (748,167 hektar); Telah diwarta 373 kawasan (538,945 hektar – untuk kegunaan pertanian); Tanah untuk rakyat – 2,479,939 hektar.

Adenan berkata demikian bagi menangkis hasutan pembangkang di Sarawak agar rakyat tidak mengundi Barisan Nasional kerana merampas tanah untuk tujuan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah dan Sarawak.

 

– SF

Tinggalkan komen anda