Skip to main content
Berita TempatanSabah

Belia dan Wanita Perlu Mahir Satu Bidang

By 8 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 Oleh: Eviannie Kin Mei Hoon & Nasrie Tapisil (Sabah)

KOTA KINABALU, 8 Apr (Malaysiaktif) –? Kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) perlu memberi galakan kepada golongan wanita dan belia supaya memiliki sekurang-kurangnya satu bidang kemahiran untuk menjana pendapatan dan membaiki taraf hidup masing-masing.

Demikian kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh ketika berucap dalam Majlis Penutup Kursus Pengurusan dan Pentadbiran JKKK/JKDB Kawasan N.13 Inanam, di sini, petang semalam.

Tambahnya, kepimpinan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) digesa mengoptimumkan sumber manusia di kampung masing-masing terutama dalam kalangan wanita dan belia.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Radin Malleh, kerajaan telah menyediakan pelbagai program pembangunan sosio ekonomi, pendidikan dan latihan untuk menjana tenaga mahir yang diperlukan.

Katanya, amat rugi jika sumber manusia yang ada terbiar begitu sahaja. Mereka perlu melakukan transformasi ke arah menambah baik prestasi sistem penyampaian dengan memberi tumpuan kepada kerja-kerja berkualiti.

“Penilaian perlu dibuat sentiasa agar memastikan pencapaian yang diperoleh pada hari ini akan terus memberi impak pada masa akan datang.

“Marilah kita sama-sama cuba membaiki segala kelemahan yang ada dan sentiasa membuat perubahan,” ujar Radin lagi.

SF

Tinggalkan komen anda