Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Galeri Warisan dan Kebudayaan SKSG

By 1 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Mohd Shahrizan Shahabudin (George Town)

George Town, 1 April (Malaysiaaktif) – Bagi mengimbau penubuhan sekolah Melayu tertua di Malaysia, Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor (SKSG), pihak pengurusan SKSG dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang semalam telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan Galeri Warisan dan Kebudayaan sekolah tersebut.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pembukaan galeri ini adalah untuk mengenang kembali sejarah institusi pendidikan di Malaysia yang bermula dengan pendidikan tidak formal kepada sistem pendidikan yang formal.

Galeri Warisan dan Kebudayaan SKSG menempatkan pelbagai gambar dan bahan sejarah lama sekolah tersebut.

Bangunan lama yang dijadikan galeri ini telah dibina antara tahun 1838 hingga 1924 berikutan pertambahan murid. Bangunan ini pada asalnya merupakan sebuah bangsal berbumbung yang berdindingkan nipah dan berlantaikan papan.

SKSG telah ditubuhkan pada 1826 oleh seorang pemilik ladang, David Brown untuk pengajian al-Quran, fardhu ain dan juga tulisan Jawi.  Pembelajaran bahasa Melayu mula diwujudkan di sekolah ini setelah kelas asal Bahasa Melayu di Sekolah Penang Free ditutup.

Mahdzir yang hadir untuk merasmikan pembukaan galeri ini turut merasmikan bangunan baharu SKSG yang telah siap dibina sepenuhnya pada Mei 2014.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad.

Tinggalkan komen anda