Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Pusat Permata Kurnia Pertama Penuhi Keperluan Kanak-Kanak Autisme

By 1 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Ruhamin bin Ramli / Mazlina bt Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 1 April (Malaysiaaktif) – Program Permata Kurnia (Permata Autisme) pertama diperkenalkan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak autisme dan keluarga mereka.

Majlis Perasmian Pusat Permata Kurnia telah disempurnakan oleh Datuk Seri Najib Razak semalam di Pusat Permata Kurnia Jalan Sentul Perdana, Kuala Lumpur.

Perdana Menteri dalam ucapan memaklumkan pusat jagaan dibina bagi memberi makna kepada anak-anak autism dalam memenuhi akses pendidikan berkualiti.

Menurut beliau lagi, kanak-kanak yang lemah dalam bidang pelajaran tertentu perlu diberi peluang belajar agar mereka tidak ketinggalan jauh dari segi rohani dan jasmani.

Harapan beliau agar kanak-kanak ini mendapat pendidikan yang baik dan menjadi insan berguna kepada negara kerana tidak mustahil bakal melahirkan tokoh-tokoh  terkenal dan berjasa kepada negara.

Pengisian program perasmian antaranya  tayangan video korporat, persembahan kanak-kanak autisme dan lawatan ke bangunan Pusat Permata Kurnia.

Pusat Permata Kurnia adalah yang pertama di Malaysia dan memiliki aktiviti pengisian ko-kurikulum dengan tenaga pengajar yang mahir dan terlatih. Sejak 2006, Program Permata telah memperkenalkan pendidikan awal kanak-kanak autisme dan kini berkembang serta mempunyai 7 program.

Hadir bersama, Penaung Program Permata, Datin Seri Rosmah Mansor. Ketua Setiausaha Negara, Tan Seri Dr Ali Hamsa dan Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Seri Rohani Karim dan Pengarah Permata Kurnia, Dr. HasnahToran.

Tinggalkan komen anda