Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

‘Jom Baca Bersama 10 Minit’ Di Teluk Intan

By 26 April 2016April 27th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Mohd Alihanafiah (Teluk Intan)

 TELUK INTAN, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, Perpustakaan Awam Teluk Intan semalam menganjurkan program ‘Jom Baca Bersama 10 Minit.’

Tepat pukul 11.00 pagi, kira-kira 150 orang bersama-sama membaca di Perpustakaan Awam Teluk Intan selama 10 minit. Kebanyakan mereka adalah murid-murid dari SK St. Anthony, SK Horley Methodist, SK Seri Intan dan SMK Sri Kandi, serta pengunjung perpustakaan ini.

 

Jom Baca 1

 

Menurut Penolong Pustakawan Hilir Perak, Norhamilah Mohd Noor, 41, program ini merupakan inisiatif Majlis Perpustakaan Awam Negeri dalam melahirkan masyarakat berilmu.

“Majlis Perpustakaan Awam Malaysia (MPAM) telah menyelaras program ‘Jom Baca Bersama 10 Minit’ ini secara serentak diperingkat nasional dan menjadi agenda tahunan di semua negeri,” ujar Norhamilah.

Tambahnya, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak berharap agar penduduk setempat menjadikan amalan membaca ini sebagai budaya hidup sepanjang hayat.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda