Skip to main content
Berita TempatanKelantan

Keunikan Patung Tidur di Wat Protivihan Tumpat

By 7 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Oleh  Mohd Hussin Abdullah, Shikh Zalaini Shikh Yusof, NorDianah Mohd Zain, Farkhirah Zainal (Tumpat)

TUMPAT, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Kelantan merupakan antara tempat yang menjadi pilihan dan tumpuan bagi pelancong yang gemar melawat tempat-tempat ibadah yang mana setiap tempat ibadah tersebut memaparkan keunikan seni bina bangunan dan replikanya yang tersendiri.

Salah satu tempat ibadah yang popular di daerah Tumpat ini ialah Wat Protivihan yang merupakan wat yang kedua terbesar di kelantan selepas Wat Matchimaran. Wat ini menjadi tumpuan ramai kerana terdapatnya sebuah patung yang dibina dalam keadaan tidur atau terbaring yang mana pada mata masyarakat ianya dilihat unik dan berbeza dengan patung yang sering mereka lihat di wat-wat lain yang terdapat dinegeri ini.

Selain menjadi tumpuan penganut agama Budha, wat ini juga sering mendapat kunjungan daripada lapisan masyarakat dari pelbagai kaum termasuk Cina, India dan Melayu.

Penjaga Wat Pothivihan, Sami Sun Kok Wai, 56, mengakui Patung Budha baring ini atau terkenal sebagai ”The Sleeping Budha” di tokongnya adalah kedua terbesar di Asia selepas Patung Budha di Myammar.

”Patung Budha baring ini panjangnya 40.9 meter dan tinggi 10.6 meter dalam luas kawasan kira-kira 2.4 hektar yang dibina dengan perbelanjaan kira-kira RM2 juta. Pembinaan ini dimulakan pada tahun 1973 dan siap dalam tempoh enam tahun melalui sumbangan orang ramai, dan tidak termasuk sumbangan dari kerajaan langsung,” katanya.

Menurutnya lagi beliau menjadi penjaga di wat itu sejak lebih dari 40 tahun lalu. Wat yang terletak di Kampung Jambu ini menjadi kebanggan masyarakat berketurunan Siam di Kelantan, dan menjadi salah satu wat yang sering dikunjungi oleh pelbagai kaum untuk tujuan pelancongan dan pelbagai upacara.

 

Tinggalkan komen anda