Skip to main content
Home

Cari Dan Cegah TiBi Di Negeri Kelantan

By 7 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Ruslan Abdul Rahman, Nur Shafira Mat Hussin, Azmi Abdul Rahman (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 7 Apr (Malaysiaaktif) – Sejumlah 1,366 kes tibi diaporkan di negeri Kelantan bagi 2014. Pada 2015 pula dicatatkan sebanyak 1,233 kes, iaitu penurunan sebanyak 133 kes.

Bagi daerah Pasir Puteh, 105 kes telah di rekodkan sepanjang 2015 dengan golongan berisiko tinggi mendapat penyakit tibi terdiri daripada individu yang pernah terdedah kepada pesakit tibi (kontek), pesakit HIV, perokok, pesakit kencing manis, pesakit kegagalan buah pinggang dalam rawatan dialisis, pesakit paru-paru kronik, warga emas berumur 60 tahun ke atas dan penghuni pusat koreksional, seperti penjara dan Cure & Care Rehabilitation Center (CCRC).

Datuk Dr. Haji Ahmad Razin

Datuk Dr. Haji Ahmad Razin

 

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir, penyakit tibi boleh disembuhkan sekiranya pengesanan di peringkat awal dilakukan dan rawatan diteruskan hingga benar-benar sembuh.

“Penyakit Tibi boleh sembuh, pesakit perlu mengambil ubat setiap hari selama sekurang-kurangnya enam bulan dan tidak lagi perlu memakan ubat tibi apabila disahkan sembuh oleh doktor yang merawat.”

“Malangnya pada tahun lepas di Kelantan, seramai 47 orang pesakit tibi berhenti memakan ubat sebelum disahkan sembuh oleh doktor, oleh itu saya menggesa agar pemantauan pesakit oleh penyelia rawatan perlulah dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Pondok Yaacob Samba, Kelantan.

Mengulas lanjut, Ahmad Razin turut menyaran orang ramai agar sentiasa menjaga kesihatan diri melalui amalan cara hidup yang lebih sihat.

“Jabatan turut mengisytiharkan untuk mencari dan mencegah penyakit tibi ini daripada meningkat bilangannya,” jelasnya.

Sambutan Hari Tibi Sedunia yang diraikan pada 24 Mac setiap tahun adalah sempena memperingati tarikh penemuan kuman Mycobacterium Tuberculosis yang membawa Penyakit Tuberkulosis (Tibi) oleh Dr.Robert Koch pada 1882. Penyakit Tibi merupakan masalah dan isu kesihatan di peringkat global, bukan di Malaysia atau di Kelantan sahaja.

 

– SH/AAS

Tinggalkan komen anda