Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

SMK Lui Barat Menang Sketsa Rukun Negara Daerah Jempol 2016

By 7 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh Hamidah Md Drus (Jempol)

JEMPOL, 6 Apr (Malaysiaaktif) – Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat dipilih muncul Johan Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringakat Daerah Jempol 2016 yang diadakan di SMK Datuk Mansor, Bahau semalam.

MKC_3002

Kumpulan dari sekolah itu, ‘Diri Remaja’, membawa pulang wang tunai RM500, sijil penyertaan dan hadiah iringan. Kumpulan ‘Citra Anak Bangsa’ dari SMK Bandar Baru Serting mendapat Naib Johan dan menerima wang tunai RM300, sijil penyertaan dan hadiah iringan. Tempat Ketiga dimenangi oleh Kumpulan ‘The Mansorians’ dari SMK Datuk Mansor yang membawa pulang wang tunai RM200, sijil penyertaan serta hadiah iringan. Kumpulan ‘Tekad’ dari SMK Batu Kikir mendapat hadiah sagu hati.

MKC_3018

Pertandingan yang dihadiri oleh lebih 200 orang ini diadakan dengan usahasama Jabatan Penerangan Daerah Jempol sebagai sebahagian daripada inisiatif penghayatan Rukun Negara dalam kalangan pelajar sekolah.

“Pertandingan seperti ini harus diadakan setiap tahun kerana ramai pelajar lupa tentang rukun negara, dan walaupun dalam bentuk sketsa ia memberi kesan secara langsung kepada pelajar dalam menghayati Rukun Negara,” kata Guru Penyelaras Kelab 1 Malaysia SMK Lui Barat, Roslinah Arauf.

Pertandingan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Mejar (K) Haji Sabarudin Yeop Hamza.

 

Tinggalkan komen anda