Skip to main content
Berita TempatanSabah

KTYS Rai Sambutan Jubli Perak

By 23 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

Ā Oleh: Eviannie Kin Mei Hoon & Taulani Hamzah (Sabah)

KOTA KINABALU, 23 Apr (Malaysiaktif) ā€“?Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS)Ā yang menyambut Jubli Perak semalam sentiasa disokong oleh Kerajaan Negeri Sabah? khasnya bagiĀ membantu menjayakan untuk memperkasakan agenda pendidikan.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, KTYS terus diharap mengembangkan peranannya sebagaiĀ peneraju institusi pengajianĀ dalam melahirkan belia berkualiti dan kemahiran tinggi sejajar dengan keperluan serta kehendak pembangunan negara yang relevan dengan industri.

“Saya percaya KTYS berupaya untuk terus mencapai kejayaan yang lebih besar,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Makan Malam Sambutan Jubli Perak KTYS di sini, malam tadi.

Tambahnya, perkembangan dan pembangunan berterusan yang diterajui oleh KTYS selama 25 tahun operasinya? merupakan satu testimoni kejayaan yang amat membanggakan.

Musa turut menyeru pihak pengurusan dan seluruh warga KTYS supayaĀ terus maju? dan meningkatkanĀ institusi itu ke tahap yang lebih tinggi.

Pada majlis tersebut, Musa menyaksikan pemeteraian perjanjian persefahaman antara KTYS dengan Rank College, Nova Beta dan Institut Keusahawanan Negara.

Hadir sama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ayid, Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KTYS, Datin Dr. Hajjah Tarsiah Tz Taman dan Pengerusi Lembaga Pengarah KTYS, Datuk Kamal De Quadro.

SF

 

Tinggalkan komen anda