Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Lawatan Kerja Ketua Menteri Melaka ke DUN Bemban

By 23 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Khairunnisa Abd Rahman

JASIN, 22 Apr (Malaysiaaktif) — Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron semalam membuat lawatan kerja ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bemban, Datuk Ng Choon Koon serta pemimpin-pemimpin masyarakat.

 

20160423011412 (1)

 

Sempena lawatan itu, Idris menyampaikan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada 20 orang penerima di Dewan Terbuka Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Bemban. Beliau juga menyampaikan bantuan wang ihsan bencana kepada Muthusamy A/L Supayah, mangsa kebakaran di Batu 16, Jalan Bemban di sini pada 16 April lalu.

Beliau seterusnya melakukan lawatan ke Sekolah Rendah Agama dan Jabatan Agama Islam Melaka, Kesang Tua sebelum ke Kampung Pondok Kempas untuk menyempurnakan penyerahan sebuah rumah  kepada keluarga Zaini binti Abu Bakar. Rumah tersebut merupakan ikhsan daripada Kementeriaan Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).

 

20160423011412

 

Dengan menaiki motosikal, Idris kemudian ke bandar Jasin Bestari, Kolam Air Panas Bemban dan Kampung Tehel, di mana beliau merasmikan Inap Desa Pak As dan melawat perusahaan Kuih Sejuk Beku serta ternakan kelulut.

Idris menunaikan solat jumaat dan menghadiri majlis makan tengahari bersama penduduk Kampung Tehel. Beliau turut menziarahi keluarga bekas Setiausaha Komuniti 1Malaysia DUN Bemban, Mokhtar Kasim yang meninggal dunia malam kelmarin.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda