Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Pemahaman Demokrasi Amalan Malaysia Di SMK Seri Tanjong

By 23 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hj. Mohd Noor Samion

MELAKA, 22 Apr (Malaysiaaktif) — Demokrasi di Malaysia merangkumi kehidupan seluruh rakyat dengan keunikan berpaksi sistem raja berpelembagaan yang tetap dipertahankan.

Dalam pada itu di bawah demokrasi di Malaysia, undang-undang masih perlu dipatuhi walaupun wujud kebebasan bersuara.

Amalan demokrasi sebegini juga boleh diguna pakai bagi pemilihan Kelab 1Malaysia sekolah bagi membolehkan pelajar memahami cara untuk menjadi pengundi yang baik pada masa akan datang.

Demikian antara kupasan yang disampaikan semalam oleh Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah, Haji Mohd Noor Samion kepada lebih 300 pelajar Kelab 1Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung di Tanjung Kling di sini.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan Persediaan Pra Universiti SMK Seri Tanjung, Borhan Md. Noor berkata penerangan sebegini akan dapat memberi pencerahan kepada pelajar-pelajar tentang amalan demokrasi di negara ini.

Pelajar, Amirul bin Rosli berkata beliau dapat banyak maklumat yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan yang tidak dapat hadir kerana ia merupakan pengetahuan yang seharusnya difahami oleh setiap warganegara.

Ceramah Amalan Demokrasi yang dianjurkan bersama Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah ini melibatkan pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 sekolah tersebut.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda