Skip to main content
Berita TempatanSabah

Lada Hitam Mampu Jana Pendapatan Negara

By 1 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh:   Tseu Chung Yee (Sabah)

KENINGAU, 1 April (Malaysiaktif) –? Penanaman lada hitam merupakan tanaman komoditi yang mampu menjana pendapatan negara dan masyarakat luar bandar terutamanya bagi mereka yang tinggal di Keningau.

Menurut Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor, Kennedy Jie John, perusahaan ini wajar diperluas dalam melahirkan lebih ramai pekebun lada hitam di daerah ini yang mampu meningkatkan ekonomi setempat.

Tambahnya, Pejabat Lembaga Lada Hitam Malaysia di Sabah sedia menyalurkan kepakaran serta bantuan kepada pengusaha perusahaan berkenaan agar dapat dimajukan dengan baik dan memberi impak positif kepada pengusaha.

Kennedy ditemui semasa merasmikan Ceramah Cara Penanaman Lada Hitam di ladang Encik Alexius Paulus, Apin-apin, Selasa lalu.

Program anjuran Pertubuhan Peladang Kawasan Keningau, Persatuan Penanam dan Pengusaha Lada Hitam Sabah (PLAS), Agricultural Chemicals (M) Sdn Bhd dan Malaysia Pepper Board (MPB/LLM) ini berjaya menarik seramai 80 peserta.

 

Tinggalkan komen anda