Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

250 Anggota PDRM Melaka Derma Darah

By 28 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 28 Apr (Malaysiaaktif) — Sejumlah 250 orang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka memenuhi tanggungjawab sosial menderma darah setiap tahun.

“Program kebajikan sempena Sambutan Hari Polis ke-209 yang disambut di seluruh negara bagi menyemai nilai murni ini seiring misi PDRM memberi perkhidmatan secara profesional,”ujar Ketua Polis, Datuk Ramli Din.

Inisiatif  yang diadakan di Mydin Mall di sini pagi tadi ini merupakan kerjasama antara PDRM dengan Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) Melaka, Hospital Melaka, Mydin Mall Ayer Keroh dan Bank Rakyat Ayer Keroh.

Tambah beliau, selain untuk meningkatkan bekalan darah di hospital, ia juga sebagai pendedahan kepada masyarakat yang kurang pemahaman tentang konsep derma darah hingga menimbulkan persepsi yang tidak jelas bahawa hukum menderma darah adalah harus.

Menurut anggota polis yang menderma, Normanshah bin Ahmad beliau tidak pernah melepaskan peluang untuk menderma darah sejak 2006 dan beliau menyokong penuh usaha murni ini untuk membantu mereka yang memerlukan.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda