Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Operasi Kilang Terbiar Tangkak Banteras Denggi

By 12 April 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Laporan oleh: Zuriatina Tamat (Tangkak) / Foto oleh: Redzuan Razak (MDT)

TANGKAK 12 Apr 2016 (Malaysiaaktif) – Demam denggi bukanlah penyakit yang asing bagi rakyat Malaysia. Kekerapan berlakunya demam denggi di negara ini membuatkan banyak pihak prihatin dengan keaadaan sekitar.

Menyedari kepentingan ini, satu operasi memeriksa kilang terbiar telah diadakan pada Ahad lepas di kawasan Perindustrian Tanjung Agas, di sini.

Menurut Yang Dipertua Majlis Daerah Tangkak (MDT), Mohd Masni Wakiman, operasi ini dilaksanakan bagi menjaga kebersihan bandar, terutamanya di sekitar kawasan perindustrian.

“Operasi ini juga bertujuan untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes yang menyumbang kepada penyebaran wabak denggi,” ujar Masni.

Antara tujuan lain pelaksanaan operasi ini adalah untuk meningkatkan kesedaran premis lain bagi menjaga kebersihan masing-masing, di samping mendidik orang ramai dan pekerja asing tentang keseriusan MDT terhadap isu kebersihan.

DSC_7762

Terdapat 117 kilang yang aktif beroperasi dan tujuh kilang terbiar di kawasan perindustrian Tanjung Agas.

“Walaupun tindakan menghantar notis telah dilakukan, namun tiada tindakan diambil daripada pemilik kilang-kilang terbiar ini,” ujar Masni lagi.

Tambahnya, MDT telah melaksanakan operasi kilang terbiar ini atas dasar tanggungjawab dan akan terus melaksanakannya dari masa ke masa, khususnya bagi meningkatkan kebersihan kawasan perindustrian Tangkak dan kebersihan Bandar Tangkak amnya.

Operasi kilang terbiar ini telah dilaksanakan oleh Majlis Daerah Tangkak dengan kerjasama Pejabat kesihatan Tangkak, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta beberapa jabatan dan agensi kerajaan lain.

– AH

Tinggalkan komen anda