Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahangViral

Padi Pekan Berhadapan Masalah Air

By 20 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 

Oleh : Mohd Fazli Bin Mohd Zulkifli

PEKAN, 20 Apr ( Malaysiaaktif )- Pekan, Jelapang Padi Baru Negara yang telah dilancarkan pada tahun 2010 merupakan satu usaha baik kerajaan bagi menaik taraf kawasan sawah padi yang terletak di Daerah Pekan, Pahang di samping ingin meningkatkan penghasilan beras negara.

Ia semestinya akan memberi keistimewaan kepada pengusaha-pengusaha sawah padi di daerah itu, namun apa yang menyedihkan ialah apabila hasrat kerajaan untuk merealisasikan program tersebut terganggu dek beberapa isu yang melanda projek tersebut terutamanya masalah pengairan ke setiap bendang.

Wartawan Malaysiaaktif telah sempat menemuramah beberapa petani yang mengusahakan sawah padi di situ untuk menyingkap masalah sebenar yang membelenggu mereka selama ini.

IMG_20160420_122647

 

Seorang pengusaha sawah, Encik Khairul Firdaus Bin Ahmed, 30, berkata, masalah utama yang melanda kawasan sawah ialah sistem pengairan yang masih pincang menyebabkan masih banyak bendang atau petak sawah yang tidak dapat pengaliran air akibat daripada struktur tali air dan longkang yang lebih rendah daripada bendang.

 

 

Walaupun telah disediakan beberapa unit pam air mudah alih oleh pihak yang bertanggungjawab, namun struktur tanah dan tali air tetap memainkan peranan penting dalam proses pengairan ke bendang.

Ujar beliau lagi, tambahan pada musim panas dan El-Nino ini, menjadikan lebih ramai pengusaha sawah yang terkesan akibat masalah ini.

 

IMG_20160420_122417
Seorang lagi pengusaha dan merupakan ketua blok, Encik Awang Kechik Bin Jusoh, 63, berkata, masalah ini telah berlarutan hampir 3 tahun dan masih belum diselesaikan oleh pihak yang bertangguungjawab. Ini menyebabkan setiap tahun pengusaha sawah yang terkesan oleh masalah ini mengalami kerugian yang dianggarkan lebih RM 10,000.00 bagi satu petak sawah yang diusahakan. Paras air yang sentiasa tidak mencukupi walaupun bukan pada musim kemarau telah menyebabkan rumput liar mudah membiak dan mengakibatkan padi terbantut.

Harapan pengusaha-pengusaha sawah padi di sini agar pihak bertanggungjawab dapat menyelesaikan isu ini dalam kadar yang segera kerana ia telah berlarutan sekian lama dan sekaligus merencat hasrat kerajaan untuk menjana penghasilan beras negara serta pendapatan rakyat.

Malaysiaaktif akan mendapatkan susulan penjelasan pihak Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA). Teruskan bersama kami.

 


 

Tinggalkan komen anda