Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pantai Gelap Jadi Lubuk Maksiat

By 24 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Norhayani Hashim (Butterworth)

BUTTERWORTH, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Keindahan Pantai Robina terserlah pada waktu malam dengan pemandangan menarik Pulau Pinang dan deretan gerai makan.

Tinjauan Malaysiaaktif mendapati keadaan pantai yang gelap pada waktu malam bukan sahaja menyukarkan orang awam untuk bersantai bersama keluarga, malah terdapat beberapa pasangan kekasih yang mengambil kesempatan untuk berdua-dua dalam keadaan gelap itu.

Menurut penduduk, Nadzim Saad, 54, kadang kala ada pasangan kekasih yang berkelakuan tidak senonoh di kawasan gelap pantai ini.

Tambah Nadzim, persisiran pantai yang gelap mungkin antara sebab pasangan-pasangan tersebut yakin perbuatan mereka tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Nadzim berharap agar pihak berwajib akan mengambil tindakan segera dengan menyediakan lampu di pesisiran pantai ini bagi mengekang gejala tidak sihat itu daripada berleluasa, di samping menjadikan Pantai Robina sebagai salah satu lokasi riadah pada waktu malam untuk orang awam dan keluarga khususnya.

– AH/ AAS

Tinggalkan komen anda