Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

PDRM Melaka Tambah Anggota di Lokasi Pelancongan

By 29 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 29 Apr (Malaysiaaktif) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka akan menambah anggota dalam Unit Pelancongan bagi meningkatkan pencegahan jenayah di lokasi tumpuan pelancong.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ramli Din berkata beliau berharap akan dapat menambah keanggotaan sebelum penghujung tahun ini dan pihaknya juga telah membuat cadangan mengenainya kepada pengurusan ibu pejabat PDRM.

Tambahnya, penambahan keanggotaan tersebut turut melibatkan keanggotaan dalam Unit Polis Berkuda yang ditubuhkan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada 2005.

“Kita berharap kerajaan negeri turut sama membantu menyediakan prasarana serta lokasi bagi menempatkan Unit Polis Berkuda di kawasan tumpuan pelancong,” katanya.

Ramli berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Derma Darah sempena Peringatan Hari Polis Ke-209 di Pasaraya Mydin MITC semalam.

Mengimbau sejarah penubuhan Unit Polis Pelancong, ia telah ditubuhkan sejak 1985 dan aktif sehingga hari ini.

Unit ini memainkan peranan menjaga keselamatan pelancong menerusi tugas rutin mereka seperti rondaan atau menyebarkan risalah mencegah jenayah.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda