Skip to main content
Berita TempatanSabah

Warga UK Dijumpai Mati Dipercayai Jatuh Kondominium

By 22 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Zuraidah Ahmad (Sabah)

KOTA KINABALU, 22 Apr (Malaysiaktif) –? Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terbaring disyaki jatuh dari tingkat 12 Waikiki Condominium dekat Tanjung Aru, kira-kira pukul  3.30 petang Rabu.

Menurut Ketua Polis Bandar Raya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra, mayat warga United Kingdom, dikenalpasti sebagai Burton Roger Keith Granville, 71, yang merupakan penghuni kondominium berkenaan dijumpai orang awam di kawasan berhampiran gelanggang tennis.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjun dari tingkat 12, blok Haiwai, Kondominium Waikiki dan jatuh berdekatan gelanggang tenis.

“Mangsa memakai kemeja-T hitam, berlengan panjang dan berseluar hitam pendek paras lutut.

“Siasatan juga mendapati terdapat sepasang selipar ditinggalkan dan sebuah kerusi plastik di tingkat 12 dengan anggaran ketinggian 120 kaki,” ujarnya.

Tambahnya, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah bernombor HC-1201, di tingkat 12 mendapati mangsa keluar seorang diri daripada lif dengan membawa sebuah kerusi plastik dan meletakkan kerusi di kaki lima di hadapan pintu rumah tersebut.

“Pemeriksaan tempat kejadian telah dibuat dan didapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Punca kematian masih dalam siasatan dan bedah siasat akan  dijalankan pada esok,” katanya dalam satu kenyataan.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda