Oleh Abd Razak b Ismail (Pahang)
INDERA MAHKOTA, 17 Apr (Malaysiaaktif) — Sebuah pam minyak dirempuh seorang wanita yang dikatakan baharu setahun mendapat lesen memandu.
Pemandu kereta berumur awal 40 tahun itu memberitahu wartawan Malaysiaaktif yang kebetulan berada di situ bahawa beliausebenarnya hendak menekan brek tetapi tertekan pedal minyak.
Dalam kejadian pukul 1.20 tengahari tadi, pam di stesen minyak yang terletak beberapa meter dari Masjid Tengku Ampuan Afzan itu hampir tumbang. Kereta wanita berkenaan mengalami sedikit kerosakan manakala beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.