Skip to main content
Home

Belia Perlu Bijak Urus Kewangan – Johari

By 14 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Norizah Hj. Jadid (Wangsa Maju)

KUALA LUMPUR, 14 Apr (Malaysiaaktif) – Golongan Belia perlu bijak menguruskan kewangan bagi mengelakkan daripada isu serius, kebankrapan.

Demikian dinyatakan oleh Datuk Johari Abdul Ghani, Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa  di Persidangan Majlis Perudingan Belia Kawasan Titiwangsa.

Majlis diadakan di Dewan Titiwangasa, Kompleks Belia dan Sukan Kuala Lumpur, petang semalam.

IMG-20160414-WA0003

Antara kebankrapan utama ialah kepelbagaian hutang (29.05%), sewa beli kenderaan (24.1%), pinjaman perniagaan (10.93%) dan pinjaman perumahan (7.49%).

Golongan belia disarankan  segera berjumpa dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendapat khidmat nasihat untuk menyelesaikan permasalahan keperhutangan bagi mengelakan kebankrapan dan diisytiharkan muflis.

Persidangan  yang membincangkan beberapa usul yang berkaitan dengan pembangunan belia khususnya di kawasan Titiwangsa ini, dipengerusikan oleh Penasihat Majlis Belia Kawasan Titiwangsa Datuk Eli Mohd Tahir dan dihadiri oleh  Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Persatuan Belia.

Antara isu yang dibangkitkan dalam persidangan ini ialah dasar dan polisi, ekonomi serta Pendidikan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dipohon menyediakan 1 kuota khas lot perniagaan pada bulan Ramadan kepada Majlis Belia Kawasan Titiwangsa dalam mencari dana dan sumber kewangan bagi membantu belia dalam kawasan Titiwangsa untuk meningkatkan ekonomi dan pendapatan dengan mengadakan Karnival Mini Usahawa Belia Berniaga di setiap Zon dalam Parlimen Titiwangsa.

Tinggalkan komen anda