Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Pesta Songkran Kedah Disambut Hujan Lebat

By 18 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Syed Putera  Syed Ambon / Muhammad Syafiq Md Saad / En Muhammad Syafiq Razi.

PADANG TERAP, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Lebih 5,000 orang masyarakat Siam di sini membanjiri Sambutan Pesta Songkran Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Wat Pikul Thararam Kampung Tanjung, Mukim Pedu hari ini.

Suasana menjadi semakin meriah, kerana sinonim dengan acara Songkran di mana elemen utama yang menjadi fokus, iaitu air ditambah pula dengan hujan lebat.

 

cfe58cb4-9778-46ff-a366-7710f2b4e9f2

 

Berucap semasa merasmikan acara ini, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Pesta Songkran mendapat tempat dalam kalendar pelancongan negeri dan merupakan antara tarikan utama yang mewakili budaya masyarakat Kedah berketurunan Siam berjumlah lebih 40,000 orang.

Menurut beliau, Kedah antara tiga negeri di semenanjung yang mempunyai penduduk Bumiputera Siam, selain Kelantan dan Perlis.

 

ea6cb3b9-b88c-4939-815d-2486c39f8952

 

Menurut seorang pengunjung, Tang a/l Edam 38, Pesta Songkran kali ini amat meriah kerana artis dibawa daripada Thailand untuk turut menjayakan acara.

Secara tradisinya, Perayaan Songkran jatuh pada hari yang paling panas, ia itu pada penghujung musim kemarau. Dalam usaha memupuk pertalian budaya dengan Thailand, masyarakat Siam memanjangkan adat ini dengan menyimbah air ke arah satu sama lain.

Adat menyimbah air dilakukan berdasarkan kepercayaan bahawa ia sesuatu yang memberi penghormatan kepada orang lain dengan menangkap air “bertuah” yang sudah dicurahkan bagi membersihkan patung Buddha. Bagi golongan muda pula, oleh kerana April merupakan bulan paling panas, di mana suhu boleh mencecah hingga 40º Celcius, Perayaan Songkran dijadikan hari berseronok.

– MRR/AAS

Tinggalkan komen anda