Oleh Sharman a/l Subramaniam (Kuala Selangor)
JERAM, 5 Apr (Malaysiaaktif) — Sekolah Kebangsaan Dato’ Maharaja Lela hari ini mengadakan Perasmian Projek Rintis Kelas Abad ke-21 dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor serta Persatuan Ibu, Bapa dayn Guru (PIBG) SK Dato’ Maharaja Lela.
Projek Rintis Kelas Abad ke-21 adalah cetusan idea pihak Kementerian Pendidikan di mana setiap sekolah harus mewujudkan satu kelas khas bagi tujuan program ini. Ia merupakan antara usaha kementerian bagi menukar sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam membentuk kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat media dan teknologi serta kemahiran hidup dan kerjaya.
Seramai 28 murid tahun 4 dipilih sebagai perintis dan setiap murid diberikan satu komputer riba bagi tujuan pembelajaran. Mereka ditempatkan mengikut kumpulan dan berpeluang bergiat aktif semasa sesi pembelajaran secara berinteraksi.
Semasa merasmikan program ini, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Selangor, Norbaya Jamaludin berkata SK Dato’ Maharaja Lela adalah sekolah angkat kepada Jabatan Penerangan Negeri Selangor. Sehubungan itu, beberapa program dilaksanakan bagi peringkat sekolah, antaranya Sketsa Rukun Negara, Kem Aspirasi dan Program Sekolah Angkat.
Menurutnya lagi, projek rintis adalah salah satu usaha kerajaan dalam pelan transformasi pendidikan negara yang memberi fokus kepada pengetahuan teknologi maklumat sekari dengan peredaran zaman.