Skip to main content
Berita TempatanSabah

Dalang Penculikan Di Pulau Ligitan Belum Dikenal Pasti

By 5 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh:? Zuraidah Ahmad & Saiful Rahman Sabri (Sabah)

KOTA KINABALU, 5 Apr (Malaysiaktif) –? Polis masih belum dapat mengenal pasti dalang di sebalik kes penculikan empat warga Malaysia di Pulau Ligitan, Jumaat lalu.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun, pihaknya masih menunggu perkembangan positif dan kini sedang berusaha mengesan kumpulan yang bertanggungjawab.

Dalam kejadian petang Jumaat lepas, empat rakyat Malaysia menggunakan kapal tunda menuju ke Manila, diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata ketika memasuki perairan Pulau Ligitan berhampiran sempadan Filipina.

Mereka ialah Wong Teck Kang, 31, Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21, berasal dari Sarawak.

Rashid berkata demikian selepas Majlis Penyerahan 34 buah Unit Ronda Bermotosikal (URB) kepada lima buah Ibu Pejabat Daerah iaitu Tawau, Tuaran, Sipitang, Kota Marudu dan Beaufort serta Unit Pelancong IPK Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah semalam.

Menurutnya URB itu digunakan untuk pencegahan jenayah di kawasan bandar dan kampung dengan lebih efisyen dan efektif.

“Kita berharap dengan penyerahan motorsikal ini akan menambahkan lagi aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Kontinjen Sabah dalam menangani kes-kes jenayah di kawasan perumahan dan di bandar-bandar, ” jelas Rashid.

Tinggalkan komen anda