Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMelaka

Rezeki “Mengocah” Musim Kemarau

By 4 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh M. Zakri Chan

 

MELAKA, 4 April (Malaysiaaktif) – Cuaca panas melampau akibat fenomena El-Nino yang melanda negara awal tahun ini memanjangkan tempoh musim kemarau dengan peningkatan suhu sehingga 40°C. Fenomena ini juga menyebabkan kebanyakkan sungai mencatatkan penurunan air sungai yang mendadak.

Walau bagaimanapun, kesempatan ini memberi rezeki kepada penduduk Kampung Panchor, Durian Tunggal untuk menjalankan aktiviti “mengocah” atau mengacau lubuk ikan yang terdapat di tebing-tebing sungai yang sudah cetek.

Dalam kaedah mengocah, jaring bersaiz tiga inci dan sepanjang kira-kira 30 meter akan dibentang dan dihimpit ke tebing sambil mengocah lubuk-lubuk ikan di sekitar kawasan tersebut. Ikan yang keluar dari lubuk akan terperangkap di jaring yang telah siap sedia menanti mangsanya.

AlR4XABAJqVZJL-gIAmAavsTtAitFuKGKhEW59SkFZgd

 

Menurut seorang penduduk Kampung Panchor, Jeffri Hassan, 38, aktiviti mengocah ini akan diadakan setiap tahun ketika musim kemarau kerana sungai akan menjadi cetek.

“Sungai yang cetek menyebabkan ikan tidak mempunyai kawasan yang luas untuk berenang dan kaedah mengocah ini sangat pratikal untuk memerangkap ikan masuk ke dalam jaring.”

Seorang lagi penduduk, Zulklifi Ibrahim, 37, berkata aktiviti ini bukan sahaja semata-mata menjerat ikan tetapi lebih kepada aktiviti riadah bersama penduduk kampung bagi memupuk  kemesraan, semangat kerjasama serta mengeratkan silaturahim antara mereka.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda