Skip to main content
Berita TempatanSabah

Semarak K1M Tawau Bukti Rakyat Bersatu

By 28 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Mohd Yusuf Muda, Alen Lim Chung Chieh & Liza Abdullah (Sabah)

TAWAU, 28 Apr (Malaysiaktif) –? Masyarakat sekitar Kampung Merotai, Kalabakan menunjukkan bukti bahawa rakyat terus bersatu apabila dianggarkan seramai 5000 orang datang memeriahkan program Semarak Rakyat 1Malaysia Daerah Tawau di Merotai, Kalabakan semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN), Sebatik, Datuk Haji Muis Picho mengajak seluruh masyarakat agar sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan berkerjasama tanpa mengira kaum agar keamanan dan kemakmuran terus subur di daerah Tawau khususnya dan negara umumnya.

Katanya, keharmonian yang lahir perlu dipertahankan dengan mengelak dan menolak fitnah yang boleh menghancurkan nilai-nilai murni dalam hidup bermasyarakat.

“Setiap masyarakat perlu bijak menilai sesuatu perkara dan jangan terlalu percaya dengan tohmahan pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba memecah belah pemikiran rakyat hari ini,” ujarnya ketika merasmikan penutupan program tersebut semalam.

Semarak Komuniti 1 Malaysia (K1M) merupakan program tahunan dalam Permuafakatan K1M Jabatan Penerangan Malaysa (JaPen) yang dilaksanakan selama dua hari bermula pada 25 April

Terdahulu, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Merangkap DUN Tanjong Batu, Datuk Hajah Hamisah Samat sempat meluangkan masa bersenam bersama penduduk pada sebelah pagi seterusnya melawat pameran pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Hamisah turut menyeru agar penduduk setempat mengambil peluang dalam penganjuran program ini kerana pelbagai maklumat boleh diperoleh tentang dasar negara yang menawarkan peluang untuk meningkatkan pendapatan melalui pameran oleh agensi kerajaan dan swasta ini.

Antara aktiviti menarik yang telah berlangsung ialah pertandingan karaoke, pertandingan mewarna kanak-kanak, ‘gameshow’ oleh RTM dan demonstrasi memadam kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tawau.

Pada majlis tersebut pengunjung turut dihiburkan oleh artis-artis PENTARAMA JaPen selain persembahan khas daripada adik Jun, seorang peserta dalam program realiti TV, Ceria Popstar yang merupakan anak kelahiran kampung Merotai.

SF

Tinggalkan komen anda