Skip to main content
Berita TempatanPahangViral

Johari Baharum Antara Penerima Darjah Kebesaran, Pingat

By 19 April 2016April 20th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mazli Haji Hamdan/Abd Latif Ramly / Mohd Fadzir Abd Hamid

PEKAN, 19 Apr (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd Johari Baharum mendahului 200 senarai menerima Darjah-Darjah Kebesaran Dan Pingat-Pingat Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan  Sultan Pahang, di Istana Abu Bakar, Pekan hari ini.

Beliau dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang ( SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, sementara seramai yang lain menerima Darjah Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP), antaranya Setiausaha Agung Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) Leftenan Jeneral (B) Datuk Azzuddin Ahmad, Tokoh Maal Hijrah Negeri Pahang 2015 Datuk Syed Afendy Ali Syed Abid Ali dan Datuk Md. Sharif bin Shamsudin.

Lima orang dikurniakan Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang, (DSAP), yang membawa gelaran Datuk, antaranya  bekas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Hajah Mahadiah binti Mohamad, Setiausaha Bahagian Antarabangsa Kementerian Kewangan, Givananadam A/L Kalian,  dan Setiausaha Bahagian, Kementerian Kewangan, Siti Fatimah binti Daud .

 

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Antara Yang Menerima Pingat

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Antara Yang Menerima Pingat

 

Sementara itu, 46 orang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, antaranya Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia Mohd Sukari bin Ab Hamid, Timbalan Setiausaha Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun, Perbendaharaan Malaysia Noriah binti Shaharudin, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nor Inchun binti Mohamed Salleh, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Zainol Rahim bin Zainuddin, Pengarah Jabatan Perikanan Pahang Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Gandesan A/L Letchumanan Dan Pegawai Daerah Baling Dzohir bin Md. Zain.

Sejumlah 10 orang menerima anugerah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), 33 orang menerima anugerah Setia Mahkota Pahang (SMP), Sembilan orang menerima Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), 43 menerima Ahli Mahkota Pahang (AMP), 11 menerima Pingat Khidmat Cemerlang(PKC), 15 menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 15 orang menerima Pingat Jasa Kebaktian(PJK).

 

– MRR/AAS

Tinggalkan komen anda