
Oleh : Mohd Faizul Affendy
Kuantan, 19 Apr 2016 (Malaysiaaktif) – Operasi meroboh gerai buah haram di Jalan Hj Ahmad telah dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dgn bantuan pihak polis.
Kewujudan gerai-gerai ini yang terletak di sepanjang bahu jalan bukan sahaja menyebabkan lalu lintas menjadi sesak, malah turut mengakibatkan isu lain seperti sampah sarap. Justeru, pihak MPK telah membuat tindakan roboh berdasarkan daripada aduan yang dibuat oleh orang ramai.
Kehadiran Ahli Parlimen Indera Mahkota Dato’ Hj Fauzi Abd Rahman yang membantah kerja-kerja pengosongan gerai menjadi tanda tanya kerana beliau sepatutnya menyokong tindakan merobohkan gerai-gerai ini kerana MPK hanya bertindak mengikut aduan serta melaksanakan undang-undang kerana gerai-gerai ini berstatus haram.