Skip to main content
HomeViral

Jerebu: Lima Kawasan Catat IPU Kurang Sihat

By 22 April 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Aimi Huwaina (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 22 Apr (Malaysiaaktif) – Setakat pukul 2.00 petang hari ini, sebanyak lima kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) kurang sihat.

Berdasarkan laman web rasmi IPU Malaysia, Kuala Lumpur mencatat bacaan tertinggi dengan 108, diikuti dengan Pelabuhan Kelang 107, Miri 142 dan Putrajaya 103.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui lama Twitternya hari ini menasihatkan orang ramai supaya berjaga-jaga dengan keadaan jerebu ini.

“Saya lihat jerebu telah kembali di beberapa kawasan. Saya harap semua berjaga-jaga, terutama yang bekerja atau selalu berada di luar. Pakai topeng muka dan sebagainya.”

“Kegiatan fizikal di luar juga terutamanya untuk warga emas dan anak-anak wajar dikurangkan sekiranya kawasan sekitar mengalami jerebu teruk.”

Sementara itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui kenyataan media yang dikeluarkannya semalam mengumumkan lima kawasan yang mencatatkan suhu maksimum melebihi 37 darjah celsius.

Kawasan yang mencatatkan suhu maksimum tertinggi setakat pukul 4.00 petang semalam adalah Batu Embun dengan 38.1 darjah celsius, diikuti dengan Chuping 37.7 serta Alor Setar, Kuala Krai dan Temerloh masing-masing 37.2.

Bilangan titik panas yang dicerap di Semenanjung Malaysia juga terus meningkat dari 13 kepada 31 titik panas.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda