Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiPerlis

11 Usahawan Dapat Pakej Pembangunan Produk MARA/SIRIM

By 3 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Laporan / Foto Oleh Anuar Che Amat

KANGAR, 3 Mei (Malaysiaaktif — Seramai 11 usahawan bimbingan MARA terpilih menerima Pakej Pembangunan Produk yang mengikut piawaian Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Berucap di majlis penyampaian itu, Ahli Majlis Mensyuarat Kerajaan Negeri Perlis Ahmad Bakri Ali berkata Kerajaan Negeri menyambut baik usahasama pihak MARA dan SIRIM.

Beliau menyatakan keyakinan usaha tersebut akan mampu melahirkan usahawan ‘ikon’ yang berdaya saing di peringkat global.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri Perlis tidak ketinggalan meletakan Pemerkasaan Pembangunan Jenama dan Pembangunan Pembungkusan sebagai misi dan antara strategi utama dalam mempertingkatkan status ekonomi, khususnya bagi menarik pelabur asing supaya yakin dengan keupayaan usahawan di negeri ini.

Ahmad Bakri berkata dalam tempoh empat bulan mulai Januari hingga Mac 2016, MARA Perlis telah mengeluarkan sejumlah RM3.2 juta kepada peminjam di negeri ini.

Majlis diadakan di Pejabat MARA Negeri Perlis di sini.

Turut hadir,  Pengarah MARA Negeri Perlis, Zahari Aziz,  dan Ketua Seksyen,Pembangunan Pembungkusan,Pusat Rekabentuk Pembangunan SIRIM Berhad, Abdul Halim Yacob.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda