Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahViral

150 Hadir Taklimat Mohon Permit Tanah Hutan Simpan

By 11 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Yaakob Md Isa

BALING, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 150 orang pengusaha tanah di hutan simpan Gunung Inas dari Kampung Charok Rotan Mas dan Kampung  Bukit Hijau  hadir dalam sesi taklimat dan dialog bersama Pejabat Renjer Hutan Tawar/Kuala Pegang bertempat di Dewan Kg.Charok Rotan Mas Isnin lepas.

Menurut Renjer Hutan Tawar /Kuala Pegang, Kamil Musthapa, penduduk dan pengusaha harus mengikut prosedur dan undang-undang yang ditetapkan oleh Jabatan Hutan jika mahu mengusaha dan menduduki tanah di Hutan Simpan.

 

Kg Charok Rtn Mas 4

 

Menurut beliau semua pihak yang menduduki dan mengusaha tanah dalam hutan simpan perlu mendapatkan permit daripada Pejabat Hutan yang wajib diperbaharui setiap tahun jika tidak mahu menghadapi masalah, termasuk dikenakan tindakan undang-udang .

Seorang penduduk, Abdul Wahab Aziz 66, berkata beliau berterima kasih kepada Pejabat Renjer Hutan Tawar/Kuala Pegang kerana hadir dan memberi taklimat kerana sedikit sebanyak dapat mengetahui prosedur yang harus ikuti jika ingin mengusahakan tanah dalam hutan simpan.

Sempena sesi penerangan ini, peserta diberi peluang mengisi borang permohonan permit menduduki dan mengusaha tanah supaya mudah dan cepat diserahkan kepada  Pejabat Renjer Hutan Tawar/Kuala Pegang untuk diproses.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda