Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

[VIDEO] Sewang Tanpa Henti 715 Peserta Untuk Cubaan MBOR

By 11 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Norfadzlina Ahmad Fadzli / Mohd Idris Deraman

GUA MUSANG,11 Mei (MalaysiaAktif) — Seramai 715 belia dari daerah ini berjaya mempersembahkan tarian warisan masyarakat Orang Asli, ‘Sewang’ di Padang Awam Pusat Sivik Gua Musang Sabtu lepas.

Tarian berterusan selama 15 minit ini berjaya diikitiraf dan mendapatkan Sijil Percubaan Malaysia Book of Records (MBOR).

Tarian Sewang yang dipersembahkan ini adalah daripada masyarakat Orang Asli Temiar yang merupakan masyarakat pribumi paling ramai di Gua Musang.

Persembahan tanpa henti selama 15 minit diketuai oleh Tok Batin Akad Ahan dari Kampung Jias, Kuala Betis, Gua Musang dan dikira sebagai penyertaan sewang paling ramai setakat ini bagi membolehkan pihak MBOR menganugerahkan Sijil Cubaan (Attempt Certificate).

 

 

Menurut Pengerusi Majlis Belia Kelantan (MBK), Syahbuddin Hashim,’Tarian Sewang’ ini dipilih sebagai cubaan untuk memasuki MBOR kerana belum ada lagi rekod MBOR berkenaan ‘Tarian Sewang.’ Ia juga dipilih bagi mengetengahkan kaum asli yang banyak berjasa kepada negara, terutamanya dari daerah ini.

Untuk rekod, antara jasa masyarakat Orang Asli, termasuk penubuhan pasukan separa militer ‘Senoi Praaq’ di bawah Jabatan Orang Asli dan kemudian diserapkan ke dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sewaktu darurat Malaya pada tahun-tahun 50an dan 60an.

Kehebatan mereka yang dilatih oleh anggota pakar Tentera British Special Air Services (SAS) dikenang sehingga ke hari ini.

Sementara itu, Pegawai Pentadbir MBOR, Siti Hajar Johor yang dihubungi Malaysiaaktif berkata inisiatif tarian sewang itu merupakan cubaan dengan penyertaan peserta paling ramai.

Pihak MBOR telah menyerahkan ‘Attempt Certificate’ kepada pengerusi Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kelantan, Meor Shamshir Meor Zulkefli Auni pada Sabtu lepas.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda